Expired : 18.06.18

TUNKU AZIZAH Berkenan Sumbang 150 Katil Kepada Hospital Sungai Buloh & Hospital Kuala Lumpur


Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang terkenal dengan sikapnya yang suka menyantuni rakyat jelata. Jika sebelum ini, para petugas hadapan (FRONTLINERS) dapat menikmati sendiri air tangan Raja Permaisuri Agong yang telah berkenan menyajikan hidangan istimewanya kepada petugas di hospital.


Foto: Facebook Istana Negara

Kini sekali lagi Raja Permaisuri Agong menabur budi apabila berkenan menyumbangkan 100 katil kepada Hospital Sungai Buloh dan 50 katil kepada Hospital Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan Facebook rasminya memaklumkan perkara itu serta menzahirkan penghargaan ke atas sumbangan yang diberikan.


Foto: Facebook Istana Negara

“Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah berkenan menyumbangkan 100 katil kepada Hospital Sungai Buloh dan 50 katil kepada Hospital Kuala Lumpur.


Foto: Facebook Noor Hisham Abdullah
Foto: Facebook Noor Hisham Abdullah

Kementerian Kesihatan menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan tersebut.


Foto: Facebook Noor Hisham Abdullah

Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” coret Datuk Dr Noor Hisham.


Foto: Facebook Istana Negara

Semoga rantaian pandemik COVID-19 ini dapat diputuskan dengan segara dan kita dapat melakukan aktiviti harian seperti sediakala. Buat masa ini, mari kita patuh dengan seruan kerajaan dengan #dudukDiRumah atau #StayAtHome bersama keluarga. Ambil peluang merapatkan hubungan sesama keluarga. Jika ada yang mengalami kesusahan, bantu mereka mengikut kemampuan masing-masing.


Foto: Facebook Istana Negara