Expired : 18.06.18

‘Turki akan terus bantu saudara di Palestin’


BANGI, 28 Jamadilawal 1440H, Ahad – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan akan bertindak segera menamatkan keganasan dan kezaliman Israel di Palestin.


Erdogan, yang menganggap dirinya sebagai penyokong tidak berbelah bahagi Palestin, berjanji akan terus memperjuangkan nasib rakyat negara itu dan fokus utama Istanbul katanya, adalah untuk memulihkan keamanan di Asia Barat


“Turki akan mengambil semua langkah yang perlu untuk mempertahankan saudara kami di Palestin,” katanya dalam satu kenyataan, sempena kunjungan Raja Jordan ke Istanbul, Raja Abdullah II.


Erdogan kerap mengkritik Israel dan tidak menyembunyikan sokongannya terhadap pergerakan Hamas Palestin, sekali lagi mengecam tindakan Israel berkaitan pelaksanaan undang-undang yang diluluskan Knesset pada Julai tahun lalu,


Undang-undang itu mentakrifkan Israel sebagai negara bangsa Yahudi, dengan bahasa Ibrani sebagai satu-satunya bahasa rasmi.


Pemimpin Turki itu pernah digelar anti-semitik oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Disember lalu, susulan tindakan mengkritik kekejaman Israel terhadap Palestin. – Agensi


The post ‘Turki akan terus bantu saudara di Palestin’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop