Expired : 18.06.18

Turunkan Harga Minyak, Teruskan Bantuan Nelayan, Petani Dan Pekebun Sawit Perlukan Dua Pertiga?

BATU PAHAT, 30 Nov – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi teruja dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana mempunyai helah terbaru bagi mengelakkan menunaikan janji-janji mereka ketika pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu.


Ini katanya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan kekurangan majoriti dua pertiga di dalam Parlimen sebagai alasan.


“Tun M sudah ada alasan baru. Beliau menegaskan kekurangan majoriti dua pertiga adalah faktor kenapa PH gagal menunaikan janji.


“Itu cakap beliau semalam ketika menerima Ahli Parlimen Bagan Serai dan empat senator Barisan Nasional (BN) yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” ujar Puad dalam entri di Facebooknya.



Justeru Puad menimbulkan beberapa persoalan mudah kepada kerajaan PH.


“Adakah untuk menurunkan harga minyak perlukan dua pertiga?


“Adakah untuk meneruskan bantuan nelayan, petani dan pekebun sawit memerlukan dua pertiga?


“Atau sebenarnya Tun Mahathir memerlukan dua pertiga untuk meminda Perlembagaan bagi meratifikasikan ICERD atau untuk mengurangkan lagi kuasa Raja-raja Melayu?” soal Puad.


Mengulas isu syarat kemasukan ke parti PPBM, Puad seterusnya mempersoalkan bagaimanakah pula dengan lain-lain syarat selain syarat mereka yang masuk perlu setahun tidak boleh memegang jawatan.


“Apakah siasatan rasuah, ‘money laundering’ dan melarikan cukai dikecualikan? Kenapa syarat tidak boleh memohon projek atau kontrak kerajaan tidak dimasukkan?


“Barulah ‘genuine’ kemasukan mereka ke dalam PPBM. Setahun hanya kosmetik sahaja,” sinisnya lagi. – MediaUMNO


Norlida Ishak Shop