Expired : 18.06.18

Tweet Maya Karin Persoal Budak 10 Tahun Lemah Bahasa Inggeris Dikecam Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita, Maya Karin? Sejak kebelakangan ini dia antara selebriti yang lantang bersuara mengenai pelbagai isu di media sosial.


maya karin


Terbaru, nama Maya menjadi bualan hangat apabila dia berkongsi pengalaman bertemu dengan seorang pelajar sekolah rendah berusia 10 tahun yang tidak pandai berbahasa Inggeris.


Berada di Kuala Terengganu bagi menjalankan kempen membaca, Maya mempersoalkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan anak tempatan walaupun hanya sekadar soalan asas.


“Adik umur berapa tahun?”


maya karin budak 10 tahun bahasa inggeris


Maya bertanya tentang umur pelajar tersebut dalam bahasa Inggeris tetapi tidak mendapat sebarang respon. Pelakon itu merasa terkilan apabila soalan itu hanya dijawab oleh kanak-kanak berkenaan selepas dia bertanyakan dalam bahasa Melayu.


Memandang ia sebagai satu perkara serius, Maya turut menyebut nama Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee untuk membuat sesuatu mengenai situasi tersebut.


“Sejak bila wajib untuk bercakap


bahasa Inggeris, bahasa utama


bahasa Melayu”


maya karin bahasa inggeris


Tidak semua memahami apa yang cuba disampaikan oleh Maya. Rata-rata netizen menyifatkan dia seakan merendah-rendahkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di Terengganu. Kata netizen, mungkin ada pelajar yang merasa malu untuk berbicara dalam bahasa tersebut kerana persekitaran yang berbeza.


maya karinmaya karin budak 10 tahun tidak faham bahasa inggerismaya karinmaya karinmaya karin terengganuPada pendapat kami, ramai yang sudah salah faham dengan mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh Maya. Memahami kepentingan bahasa Inggeris akan membantu seseorang itu menjadi fasih dan mengubah hidup mereka.


Norlida Ishak Shop