Expired : 18.06.18

‘Tweet’ Maya Karin Tentang Pelajar Tidak Boleh Berbahasa Inggeris Cetus Perbalahan Antara Netizen

Maya Karin merupakan antara selebriti yang lantang bersuara di media sosial. Lagi-lagi jika ia berkaitan dengan alam sekitar.


Terbaharu, Maya Karin telah berkongsi pengalaman beliau berjumpa dengan seorang pelajar di Terengganu melalui media sosialnya di Twitter. Apa yang cuba dikongsikan oleh beliau adalah pelajar tersebut yang tidak mengetahui basic bahasa Inggeris.




I asked a little girl yesterday at my library talk in Terengganu. “How old are you?” *senyap.
“How old are you?” *senyap again. So I changed it to “Adik umur berapa tahun?” Terus jawab “10tahun”
Think about it. @fromKMR @niknazmi @maszlee


— Maya Karin (@maya_karin) October 4, 2019



Menerusi perkongsian itu, beliau bertanya tentang umur pelajar tersebut dalam bahasa Inggeris tetapi tidak mendapat jawapan dan hanya mendapat jawapan ketika ditanya dalam bahasa Melayu. Berikutan itu, beliau berasa terkilan dan menyuarakan hal itu dengan menyeru Menteri Pelajaran agar memandang perkara ini dengan serius.


Hal itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berbalah antara satu sama lain. Ada yang mengecam tindakan Maya Karin dengan mengatakan ada pelajar yang malu untuk berbahasa Inggeris dan tidak pelik kerana persekitaran yang berbeza.



Kena ajar untuk tidak malu. Memang awal2 mungkin berterabur speaking another language tapi lama2 boleh bertutur dengan baik. Macam melayu saya. Ok tak saya tweet ni? https://t.co/T3xGAhMZkE


— Maya Karin (@maya_karin) October 4, 2019




I never said anything about intelligence. https://t.co/9rwgwhhI4I


— Maya Karin (@maya_karin) October 4, 2019




Kita kena bangga and utamakan Bahasa Msia why nk kecoh sgt psl bahasa inggeris!!! Ambil contoh org Jepun dorang bangga dgn bahasa ibunda mereka, org Korea pun sama, org Thai, Turki, German dan byk lg semua bangga dgn bahasa ibunda mereka kita ni sibuk agung2kan B.I cuba fikirkan


— Rafidah Jalil (@JalilRafidah) October 5, 2019



Selain itu, ada juga yang menyokong Maya Karin kerana soalan yang ditanya hanyalah asas dan amatlah penting untuk ketahui bahasa lain walaupun hanya asas.



The more languages you speak, the better it gets in terms jobs, salaries knowledge and status. That’s the message we need to encourage. https://t.co/IYfmOEUSe2


— Karim Raslan (@fromKMR) October 4, 2019




it is basic english. even my little brother who’s 10 can answer better than that (newsflash my parents dont practice english in the house) so the fault is in the parents and as well as our education system


— ameera (@loverameera) October 4, 2019




I get the point. English proficiency is important especially in the future when our kids want to compete globally.
It's not an either-or-question. Not BM vs BI question. It's whether we are prepping our children for the changing world outside.


— Che Ruiii (@maiannaise23) October 5, 2019



Berikutan itu, Maya Karin menjelaskan bahawa pelajar-pelajar kena diajar untuk tidak malu bercakap menggunakan bahasa lain kerana lama-lama boleh bertutur dengan baik. Malah, beliau juga menjadikan dirinya sebagai contoh kerana kini beliau boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.



Kena ajar untuk tidak malu. Memang awal2 mungkin berterabur speaking another language tapi lama2 boleh bertutur dengan baik. Macam melayu saya. Ok tak saya tweet ni? https://t.co/T3xGAhMZkE


— Maya Karin (@maya_karin) October 4, 2019



Mungkin ramai sebenarnya yang salah membuat tanggapan tentang mesej sebenar yang mahu disampaikan oleh Maya Karin. Mengetahui bahasa lain seperti Inggeris, Mandarin, Tamil dan sebagainya adalah satu bonus dan sepatutnya kita belajar bahasa-bahasa lain sebagai pemudah bicara. Apakah pandangan anda mengenai isu ini?


Anda mungkin berminat untuk baca artikel berkaitan sistem pendidikan, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.



Apa Yang Lompong Dalam Sistem Pendidikan Sekolah Kita? Ini Pandangan Dari Seorang Ustaz





Jawapan Seorang Lelaki Apabila Ada Yang Menghentam ‘Tahap Pendidikan Guru’




Norlida Ishak Shop