Expired : 18.06.18

Twitter Memperkenalkan Fungsi Carian Mesej Peribadi

Sebagai penulis kami kerap menerima tips dari pembaca menerusi mesej peribadi (DM) di Twitter. Saban hari puluhan DM diterima dan kadang akal proses mencari semula mesej yang dihantar menjadi sukar kerana tiadanya fungsi carian. Twitter menyedari masalah yang sudah berlarutan agak alam dan telah memperkenalkannya hari ini.



Soul searching? Hard. DM searching? Easy! Go ahead and try out the new DM search bar. We’re testing it out on iOS and web with your most recent DMs. pic.twitter.com/vwGlBjz4B5


— Twitter (@Twitter) August 14, 2019



Menerusi fungsi carian, mesej yang diterima boleh ditapis dengan menaip nama insan yang menghantar mesej. Pengguna hanya perlu memasukkan teks ke dalam kotak carian di atas skrin Messages sama seperti melakukan carian biasa di Twitter sebelum ini. Buat masa ini fungsi carian hanya diberikan kepada pengguna aplikasi iOS dan Web terlebih dahulu.


Norlida Ishak Shop