Expired : 18.06.18

Twitter Tidak Akan Memperkenalkan Fungsi Menyunting Tweet

Salah satu ciri yang sering diminta ramai pengguna di Twitter adalah kebolehan untuk menyunting sesuatu Tweet yang telah dihantar. Bercakap mengenainya, kini pengasas Twitter mengatakan mereka tidak akan memperkenalkan ciri menyunting Tweet berkenaan.


Jack Dorsey


Menurut Jack Dorsey, pada awalnya Twitter tidak memperkenalkan ciri berkenaan kerana ia berfungsi seumpama menghantar SMS – dimana anda tidak boleh menyunting selepas menghantar sesuatu mesej, sama seperti di Twitter.


Twitter juga tidak memperkenalkan ciri berkenaan kerana ia mungkin boleh mengubah maksud RT oleh pengguna lain sekiranya ciri suntingan ini diperkenalkan.


Jack Dorsey mengatakan mereka pernah mempertimbangkan untuk menyertakan ciri suntingan untuk Tweet dalam masa seminit atau 30 saat – tetapi ia akan membawa kepada masa yang lebih lama sebelum sesuatu Tweet berkenaan dihantar.