Expired : 18.06.18

UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM DR. HARUN MAT PIAH



PAS Negeri Sabah mengucapkan takziah kepada keluarga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu, Dr. Harun Mat Piah yang telah meninggal dunia semalam.


Pemergian beliau adalah suatu kehilangan besar kepada negara dan pastinya akan dikenang sebagai tokoh akademik yang dihormati.


Allahyarham Dr. Harun yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak merupakan pakar penulisan dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional, puisi Melayu tradisional, kepustakaan ilmu (epistemologi) tradisional dengan pengkhususan dalam ilmu perubatan, ilmu ramalan (astrologi) dan ilmu perkasihan (seksologi) tradisional.


Antara karya Allahyarham adalah Cerita-Cerita Panji Melayu, Puisi Melayu Tradisional–Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi, Pantun Sebagai Artifak Budaya dan Kitab Tib Muzium Terengganu.


AMIRUDDIN MOHD ROSDI

Pengerusi

Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Negeri Sabah

11 September 2019


The post UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM DR. HARUN MAT PIAH appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop