Expired : 18.06.18

UEC: Apa agenda MCA beria meroyan?

BANGI, 3 Rabiulakhir 1441H, Sabtu – Wanita Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) menyelar tindakan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng yang secara terang-terangan menunjukkan ketidaksabaran dalam menuntut penjelasan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenai usaha mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).


Walhal, Ketua Wanita Berjasa, Azizah Che Awang berkata, sebelum memenangi pilihan raya tidak begitu kedengaran desakan mengenai status laporan UEC dari MCA.


“Mengapa sekarang lain pula rentaknya? Kenapa yang berhormat MCA beria-ia benar mengangkat isu ini ke Parlimen sedangkan banyak lagi isu rakyat di Tanjung Piai yang merupakan isu nasional seperti isu dadah, pengangguran, kos sara hidup dan lain-lain.


“Kenapa tidak biarkan sahaja parti cauvinis DAP dan pertubuhan Dong Zhong (Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia) yang ‘melalak’ dalam isu UEC? Apa agenda MCA untuk turut serta ‘meroyan’?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Terdahulu, Jeck Seng dalam sidang Dewan Rakyat menuntut penjelasan kerajaan PH tentang usaha mengiktiraf UEC.


Dalam perbahasan Belanjawan 2020 Kementerian Pendidikan, Jeck Seng ingin tahu sama ada Pasukan Petugas Khas Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) dibentuk untuk memudahkan pelaksanaan janji manifesto PH mengiktiraf sijil berkenaan.


Pemimpin MCA itu turut menuntut jaminan dari kerajaan supaya tiada perubahan dibuat dalam rangka asas sistem peperiksaan UEC dan membenarkannya terus dikendalikan Dong Zong.


Pada masa sama, Azizah yang kecewa dengan Ahli Parlimen Tanjung Piai itu berkata, situasi ini berlaku apabila rakyat memilih pemimpin sedemikian rupa.


“Menang sorak kampung tergadai. Bolehkah pengundi Melayu Tanjung Piai meletakkan harapan ke atas Jeck Seng di dalam memperjuangkan nasib mereka. 


“Sedangkan baru jejak kaki ke Parlimen, sudah mula menjadi hero pembela kaum sendiri membelakangkan kelompok majoriti.


“Bijaknya kaum Cina berpolitik dalam memperjuangkan kepentingan kaum mereka sedangkan bangsa Melayu masih taksub dengan blok kepartian bukan memilih pemimpin yang berwibawa, jujur, amanah dan berintegriti yang mampu membela nasib mereka,” katanya.


Mengulas lanjut, Azizah berkata, jika UEC yang tidak mengikut dasar pendidikan negara diktiraf dan diguna pakai untuk kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT) diluluskan, ia sama sekali adalah tindakan yang tidak adil kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) aliran kebangsaan.


“Apakah kelebihan UEC berbanding SPM dan STPM sedangkan umum mengetahui sekolah persendirian Cina memilih untuk tidak berada dalam sistem pendidikan negara sejak dari awal.


“Buruk baik di tangan kita,

anak cucu terpelihara,

berbaik berpada-berpada,  

jangan cacing naik ke mata,” katanya.


The post UEC: Apa agenda MCA beria meroyan? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop