Expired : 18.06.18

Ujian Saringan Hepatitis C Percuma Di Klinik Kesihatan 15-21Julai Ini




Bersempena Hari Hepatitis C Sedunia pada 28 Julai 2019, KKM dengan kerjasama Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) dan akan mengadakan ujian saringan awal Hepatitis C di klinik kesihatan dan hospital seluruh negara bermula 15 Julai sehingga 21 Julai 2019.


Malaysia dipilih untuk projek ini kerana komitmen yang tinggi KKM dalam merawat pesakit Hepatitis C.






Mesti ramai nak tahu apa sebenarnya Hepatitis C ini dan adakah ia merbahaya.


Berikut adalah sekilas fakta dan maklumat tentangnya.










5 Fakta Ringkas Tentang Hepatitis C


1. Apakah Hepatitis C


Menurut portal MyHealth, hepatitis ialah penyakit hati. Ia disebabkan oleh keradangan pada hati.






Radang hati boleh disebabkan oleh ubat-ubatan termasuk ubat herba, alkohol, sistem imun badan seseorang dan lain-lain.


Punca penyakit hepatitis di Malaysia biasanya ialah jangkitan virus hepatitis.



2. Golongan Berisiko


Hepatitis C boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani.


Antara golongan berisiko termasuklah:


  • Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.

  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.

  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .

  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan.

  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.

  • Pesakit menggunakan haemodialysis.


3. Simptom


Seperti ‘pembunuh senyap’, kebanyakan orang tak tahu pun yang mereka telah dijangkiti Hepatitis C kerana seseorang boleh hidup bertahun-tahun lamanya tanpa berasa sakit, termasuklah hampir 80% pesakit Hepatitis C kronik. (Disebabkan itulah pentingnya ujian saringan Hepatitis C!)


Namun sekiranya tanda-tanda berlaku, ia adalah sama untuk semua berlainan jenis hepatitis (iaitu hepatitis A,B dan C).


Tanda-tandanya ialah:


  • Merasa letih

  • Kurang selera makanLoya

  • Muntah

  • Sakit perut (abdomen)

  • Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning)

  • Air kencing berubah warna menjadi warna teh

  • Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat


4. Langkah Pencegahan


Masih ramai tak tahu yang virus Hepatitis C mudah merebak 10 kali ganda berbanding virus HIV!


Ia boleh merebak melalui cecair badan seperti darah dan air mani.


Sehingga kini belum ditemui lagi vaksin yang boleh mencegahnya.


Antara langkah keselamatan yang boleh diambil adalah:


  • Tidak berkongsi barangan peribadi yang tercemar seperti pisau cukur, sepit kuku dan berus gigi. Penting!

  • Penggunaan kondom mengurangkan risiko jangkitan secara seksual

  • Tutup luka yang terdedah



5. Boleh Dirawat Jika Dikesan Awal


Hepatitis C boleh dirawat sehingga sembuh jika dikesan lebih awal.


Jika tidak dirawat boleh mengakibatkan fungsi hati merosot dan mendedahkan anda kepada kanser hati.



Senarai Hospital & Klinik Kesihatan Yang Mengambil Bahagian Dalam Ujian Saringan Hepatitis C Secara Percuma


Berikut adalah senarai hospital dan klinik yang akan mengendalikan ujian saringan Hepatitis C secara percuma di setiap negeri.






Seperti yang dinyatakan tadi, Hepatitis C jarang menunjukkan sebarang simptom.


Jadi, penting untuk kita lakukan ujian saringan ini untuk mengesannya.


Sementara fasiliti ini disediakan secara percuma, jom jalani ujian!









Related Items:




Norlida Ishak Shop