Expired : 18.06.18

UMNO 73 Tahun: Jasa UMNO Terlalu Besar, Wadah Perjuangan Orang Melayu – Zahida



KUALA LUMPUR, 10 Mei – Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berkata jasa UMNO kepada negara begitu amat besar dan penting yang tentunya perlu terus dikenang sebagaimana ulang tahun penubuhannya, yang genap 73 tahun.


Katanya, UMNO adalah sebuah parti orang Melayu yang memperjuangkan agama, bangsa dan Tanah Air dan parti keramat inilah yang menentang Malayan Union dari penjajah.


“Tujuh dekad usia parti UMNO yang kita kasihi dan ia diharap akan terus menjadi wadah perjuangan bagi orang-orang Melayu sejak ditubuhkan pada 11 Mei 1946.



“Kita jatuh, kita bangun dan bangkit … kita terus berjuang, ini dapat dilihat apabila kita menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau baru-baru ini.


“Walaupun pada 9 Mei 2018 menjadi sejarah hitam kepada parti UMNO apabila tumbang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, tetapi ia bukannya pengakhiran dalam perjuangan ini,” katanya kepada UMNO-Online.


Sehubungan itu, Zahida yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengharapkan semua ahli-ahli UMNO terus berjuang dan menjadikan peristiwa hitam itu sebagai sejarah kerana misi yang paling penting sekali adalah untuk kembali memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 nanti.


“Justeru, dibulan yang mulia ini dan penuh keberkatan marilah sama-sama buang yang keruh, ambil yang jernih, rapatkan ukhwah sesama kita, tanamkan azam dan kukuhkan tekad, insya-Allah… kejayaan akan menanti,” katanya.


Dalam kesempatan tersebut dan sempena Malaysia baharu, beliau turut memberikan pantun untuk semua rakyat Malaysia agar dapat renung-renungkan bersama:


Ketapan menjual sirih,

Sirih dijual empat sepapan;

Bukan pulang untung berlori,

Rupanya pokok habis dimakan.
– MediaUMNO


Norlida Ishak Shop