Expired : 18.06.18

UMNO kena serius berubah jika nak tawan Putrajaya

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin


BANGI, 12 Rabiulakhir 1441H, Isnin – Prof Dr Zainur Rashid Zainudin yakin kerjasama UMNO-PAS dalam Muafakat Nasional bakal memberi peluang besar kepada gabungan pembangkang untuk kembali merampas Putrajaya.


Namun, Naib Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) itu berkata, UMNO perlu memperkasakan pasukan itu dengan pemimpin yang bersih, amanah dan kompeten serta serius dengan agenda Melayu muslim sebagai teras.


“Kalau UMNO masih tunduk dengan MCA yang ada hanya beberapa kerusi, maka peristiwa lama akan berulang sebagaimana dahulu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.


Beliau turut menyatakan kebimbangan sekiranya UMNO akan meraikan MCA semata-mata untuk mendapatkan sokongan Cina untuk ke Putrajaya.


“MCA, DAP, Gerakan hanyalah front politik. Keputusan pilihan orang Cina banyak ditentukan oleh Hua Zong, Dong Zong, Dewan Perniagaan Cina dan taikun-taikun Cina.


“UMNO perlu sedar bahawa parti politik hanya front untuk capai kepentingan orang Cina,” katanya.


Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis Muafakat Nasional merupakan medium baharu dan segar yang akan membawa PAS-UMNO kembali menawan Putrajaya.


Katanya, permuafakatan adalah penyelesaian kepada perpaduan dan keharmonian antara kaum dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia 


Justeru, sebagai persediaan, beliau menggesa seluruh kepimpinan dan ahli UMNO pelbagai peringkat untuk melakukan inovasi politik dan gerak kerja bagi merealisasikan hasrat itu.


The post UMNO kena serius berubah jika nak tawan Putrajaya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop