Expired : 18.06.18

UMNO PAS Lemah… Bermaharajalelalah PH Dengan Agenda Mereka

IPOH, 6 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Azian Osman berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada parti Dap dan rakan sekutunya masih tidak dapat melaksanakan agenda mereka secara terang-terangan.


Ini kerana dalam medan politik tanah air masih wujud UMNO dan PAS, katanya dalam hantaran di Facebooknya.


“Kerjasama UMNO dan PAS menyebabkan pelaksanaan agenda mereka lagi terbantut, sebab itulah UMNO dan PAS diserang begitu hebat.



“Jika dua parti ini lemah maka bermaharajalelalah mereka dengan agenda mereka,” tegasnya.


Hampir setahun PH menjadi kerajaan jelas kelihatan kesucian agama Islam, kedaulatan institusi Raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera mula diganggu-gugat walaupun jelas kesemuanya termaktub dan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.


Sabtu lalu, kira-kira lebih lima ribu rakyat berhimpun di ibu kota dalam Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan sebagai satu referendum kepada kerajaan PH agar tidak memandang remeh suara dan nurani umat Islam khususnya bangsa Melayu sebagai kaum teras.


Manakala baru-baru ini, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan realiti politik pada masa ini yang membiarkan umat Islam dibuli telah menyebabkan rakyat akur bahawa agama Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.


Justeru itu, Azian juga berkata apa yang berlaku pada hari ini telahpun diceritakan di dalam Al-Quran.


“Pada orang-orang yang mengaku Islam bacalah Al-Quran, fahami tafsirnya, hayati setiap ayatnya.


“Kita akan jumpa apa yang ada dalam Al-Quran itu memang berlaku pada masa sekarang dan Allah SWT telah bekalkan kita dengan panduan, pedoman dan pelindung.


“Jika mahu mendapat huraian-huraian lebih jelas, rajin-rajin pula membaca dan memahami hadis-hadis Rasulullah SAW,” jelasnya lagi. – MediaUMNO


Norlida Ishak Shop