Expired : 18.06.18

Undur Diri Dari Dunia Seni, Bob Lokman Mohon Maaf

Bekas pelakon dan pengacara Bob Lokman tampil memohon maaf buat semua kenalan di dalam industri seni andai pernah melakukan kesilapan sepanjang aktif dahulu.


Bob Lokman


Menurut Bob, permohonan maaf itu dibuat berikutan dirinya kini tidak lagi aktif dalam bidang berkenaan serta tidak berkesempatan bertemu semua kenalannya.


Tambahnya, selepas pulang Kelantan, beliau kini sedang sibuk menolong isteri berniaga nasi Arab dan menjaga anak. Malah tetap besyukur jika permohonan maafnya disampaikan kepada semua.


Menerusi laporan BH Online, kondusi kesihatan Bob kini juga dikatakan bukan berada pada keadaan yang memuaskan.


Hal ini kerana, Bob turut berkongsi yang beliau kini tidak boleh terlalu aktif kerana kekurangan oksigen malah akui pergerakannya juga masih terhad.


Disebabkan itu, ketika tidur, saya perlu menggunakan dua mesin iaitu oksigen dan bantuan pernafasan. Kalau tiada bantuan dua mesin ini, saya tidak boleh tidur.


Bob bagaimanapun tetap kuat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.


Terdahulu, akibat masalah air berlebihan dalam badan, Bob telah dimasukkan ke Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Sungai Buloh.


Tambahnya, selain pernah berulang alik ke hospital akibat sakit jantung, beliau juga difahamkan mengalami alahan ubat pada kaki sehingga bengkak.


Sumber: BH Online