Expired : 18.06.18

Uniknya! Rumah Ini Berada Di Tengah Sempadan Negara. Dapur Di Malaysia, Ruang Tamu Di Indonesia!

Baru-baru ini tular di sosial media dengan kisah mengenai rumah dua negara kerana kedudukannya yang berada di antara sempadan Malaysia dan Indonesia. Cukup unik dan luar biasa!


Melalui perkongsian pemilik akaun Facebook Osman Saide, rumah yang diberi gelaran dua negara ini terletak di Sungai Aji Kuning di Pulau Sebatik.



Apa yang menariknya mengenai rumah ini adalah kedudukannya yang terletak betul-betul di atas sempadan sehingga menjadikan ruang tamunya berada di Indonesia tapi dapurnya berada di Malaysia.


Malah di dalam rumah itu juga dicat dengan warna berbeza antara ke dua ruang bagi menunjukkan sempadan di antara dua negara berjiran ini.



Selain itu binaan di ruang tamu ini berkonsepkan Indonesia manakala di dapurnya lebih kepada binaan di Malaysia dengan kibaran Jalur Gemilang di beranda.


Sempadan di antara kedua-dua negara ini terletak di tengah-tengah rumah dan ianya sesuatu yang membuatkan ramai tertarik dengan rumah ini.


Jom tonton video dalam rumah ini yang bermula di minit ke empat…



Amacam? Ala-ala ulang alik ke dapur dan ruang tamu tapi ke dua-dua negara!


Sumber: Osman Saide / The Akis via HCL


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD


Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia



Norlida Ishak Shop