Expired : 18.06.18

United 'berhenti' kejar Bale...

MANCHESTER United akhirnya menamatkan usaha mendapatkan pemain sayap Real Madrid, Gareth Bale.


Pemain antarabangsa Wales itu boleh dibeli pada musim panas selepas Real cuba untuk membina semula pasukan di bawah kendalian Zinedine Zidane.


United menolak peluang berbincang dengan gergasi Sepanyol itu terhadap prospek perpindahan tetap atau pinjaman.


Ed Woodward meletak sasaran untuk mendapatkan Bale pada musim panas sejak mengambil alih pemilihan pemain baru untuk Old Trafford pada 2013.


Bagaimanapun, impian naib pengerusi eksekutif United itu untuk melihat pemain berusia 29 tahun itu menyarung baju United bersama skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer musim ini tidak menjadi.


Ia disebabkan Jadon Sancho menjadi sasaran utama pengurus dari Norway itu selaku perpindahan pertama United musim ini.


Biarpun terpaksa menerima hakikat pemain sayap Borussia Dortmund itu tidak boleh ke mana-mana selama 12 bulan disebabkan kontrak bersama kelab Jerman itu, Woodward berhasrat mahu mendapatkan Bale sebagai penyelesaian jangka pendek buat United.


Bale yang memiliki pendapatan dipercayai sekitar £600,000 (RM3.1 juta) seminggu bermakna mustahil buat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memenuhi tuntutan peribadinya termasuk yuran perpindahan pemain.


Norlida Ishak Shop