Expired : 18.06.18

UNITY SHIELD 2019 Medan Jiran Utara Persiap Pasukan

UNITY SHIELD 2019 Medan Jiran Utara Persiap Pasukan

Perlawanan UNITY SHIELD 2019 membabitkan pertemuan 2 negeri jiran, Kedah bertemu Perak pada hari Ahad ini di Stadium Darulaman bakal menjanjikan suatu yang menarik untuk disaksikan apabila kedua-dua pasukan mengambil serius perlawanan itu.



 



'UNITY SHIELD' adalah perlawanan yang dilihamkan oleh YAB Presiden KFA, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir bagi menyatu pasukan hubungan dua kelab bolasepak di utara tanahair antara pihak KFA bersama PAFA nyata menjadi satu medan terbaik buat pengendali kedua-dua pasukan tersebut dalam menguji para pemainnya.



 



Baik ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mahupun ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, kedua-duanya mengakui perlawanan persahabatan itu satu langkah yang baik memandangkan pasukan masing-masing mempunyai kualiti tersendiri sekaligus memberikan tambah nilai dalam persiapan pra musim mereka kali ini



 



Selain itu, Mehmet turut mengukai idea UNITY SHIELD ini dimana menjadi keutamaan dalam penganjuran 'UNITY SHIELD' itu adalah hasil kutipan tiket perlawanan, 50% dari kutipan akan disumbangkan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) terpilih.



 



Bagi edisi sulung, 'UNITY SHIELD' akan berlangsung di Stadium Darul Aman pada 13 Januari, Ahad pada jam 9:00 malam sambil edisi seterusnya pada tahun hadapan akan berlangsung di Ipoh dan kedua-dua ibu negeri ini akan bergilir-gilir menjadi tuan rumah untuk edisi mendatang.


Norlida Ishak Shop