Expired : 18.06.18

Untunglah Boleh Pegang Paha – Intan Najuwa Dikecam Muat Naik Foto Berpelukan Dengan Zul Ariffin

Selepas mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan yang 16 tahun lebih tua daripadanya, tindak-tanduk pelakon Intan Najuwa sering menjadi perhatian netizen.


intan najuwa


Pernah dikecam memuat naik gambar dia didukung oleh Idris Khan ketika mempromosikan drama Isteri Tuan Danial, kali ini Intan sekali lagi dikecam dan mencetuskan kontroversi panas apabila memuat naik gambar mesra bersama Zul Ariffin.


Difahamkan foto itu diambil ketika mereka menjalani penggambaran sebuah drama di Langkawi, namun yang menimbulkan rasa kurang senang netizen ialah mereka duduk begitu rapat dan boleh dilihat Zul merangkul pinggang serta meletakkan tangan di atas paha Intan.


intan najuwa zul ariffin


Meskipun dengan tujuan untuk mempromosikan sebuah drama, aksi mereka dianggap keterlaluan dan tidak manis terutama sekali kerana Intan sudah pun bergelar tunangan orang.


“Tunang tak marah ke? Untunglah


boleh pegang paha”


intan najuwa zul ariffin berpelukanintan najuwaintan najuwaintan najuwa zul ariffinintan najuwa zul ariffinintan najuwa zul ariffin


“Tunang saya ok, saya tidak mudah


dipegang-pegang”


intan najuwa dan tunang


Sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman netizen, Intan berkata dia masih tahu menjaga batasnya ketika berlakon. Netizen tidak perlu melaga-lagakan hubungan dia dan tunangnya.


Saya tahu kerja saya macam mana, di sebalik penggambaran macam mana. Kami hanya memainkan peranan dan watak masing-masing dan gambar yang dimuat naik adalah sebahagian daripada watak yang dimainkan.


intan najuwa tunang


Saya bukan nak cakap yang saya boleh dipegang-pegang oleh semua pelakon lelaki. Saya tahu limit saya macam mana. We still have limit, we have the border. Apa yang saya lakukan telah mendapat persetujuan daripada semua pihak. Keluarga dan tunang saya okay, yang menjadi masalah sekarang ini hanyalah komen-komen netizen yang cuba laga-lagakan hubungan saya dan tunang.


Baguslah Intan dapat tunang yang ‘sporting’ dan memahami kerjanya sebagai seorang pelakon. Harapnya hubungan mereka ini kekal dan berjodohan sehingga ke jenjang pelamin.


Sumber Berita : mStar Online


Norlida Ishak Shop