Expired : 18.06.18

[UPDATE] Kelu lihat 2 anak 'bermandi darah'

“SEBAIK lelaki itu beredar saya masuk semula ke dalam bilik tidur, dan terkejut melihat keadaan mereka berlumuran darah di kepala dengan kesan kelar dan tetak di atas katil sudah tidak bernyawa,”


Begitu kata Noorhasyelawati Yusoff, 37, ibu kepada Nurul Hanim Idris, 5, dan Mohammad Hafiz Idris, 1, yang mati dibunuh seorang lelaki dalam kejadian amuk di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan, semalam.


Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, suspek yang juga penganggur turut menjerit ke arah Noorhasyelawati ketika dia pergi ke rumah ibu saudaranya.


Lelaki itu kemudian memberitahu wanita terbabit bahawa anaknya sudah ‘bermandi darah’ apabila Noorhasyelawati berpatah-balik, sebelum dia meninggalkan rumah berkenaan.


Difahamkan, Nurul Hanim ditemui dengan kesan tetak pada belakang badan manakala adiknya dikelar pada leher.


Sementara, anak sulungnya Mohammad Hakim, 7, yang tidur di bilik bersebelahan bersama neneknya, Jamilah Ismail, 60, terselamat.


Noorhasyelawati berkata, ketika kejadian, dia dan dua anaknya itu sedang tidur dalam bilik di tingkat bawah rumah, manakala anak sulungnya tidur dengan neneknya di bilik bersebelahan.


Menurutnya, dia terjaga apabila terdengar suara orang memangil nama suaminya Idris Saad, 47, sebelum terkejut mendengar bunyi bising di ruang tamu.


“Saya terus keluar dan ternampak suspek melibas abang ipar, Soberi Saad, 52, di sebelah kiri muka sebelum dia meluru pula ke arah saya dan cuba menikam perut, namun gagal apabila terlindung dengan langsir.


“Saya kemudian terus berlari keluar rumah meminta bantuan ibu saudara di sebelah rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.


SOBERI menunjukkan kecederaan pada pipinya. Foto SHARUL HAFIZ ZAM



Sementara itu, Soberi berkata, dia yang sedang tidur di tingkat atas terjaga apabila mendengar bunyi ‘kecoh’ lalu turun dan terlihat kelibat lelaki berparang di dalam rumah.


“Ketika itu keadaan gelap dan samar-samar sebelum dia terus menyerang saya menyebabkan cedera di pipi kiri sehingga menerima 10 jahitan.


“Saya yang bimbang terus berlari keluar dan tidak sangka dia sanggup membuat anak saudara saya seperti itu,” katanya.


Berita berkaitan


'Dia serang dengan kayu dulu...'


[UPDATE] Lelaki 'amuk' direman 7 hari


Petanda Angah tidak mahu makan dahulu...


[UPDATE] Polis rampas parang kelar dua beradik


2 budak maut dikelar


Norlida Ishak Shop