Expired : 18.06.18

[UPDATE] Lelaki 'amuk' direman 7 hari

LELAKI yang mengamuk sebelum menetak dan mengelar dua kanak-kanak berusia empat dan setahun sehingga mati di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, suspek berusia 40-an itu direman sehingga 16 Januari ini bagi membantu siasatan.


Katanya, suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Dalam kejadian 11 malam semalam, suspek dipercayai mengamuk dan menyerang seorang lelaki terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah mangsa dan mengelar mangsa terbabit.


Berita berkaitan


Petanda Angah tidak mahu makan dahulu...


[UPDATE] Polis rampas parang kelar dua beradik


2 budak maut dikelar


Norlida Ishak Shop