Expired : 18.06.18

[UPDATE] Pelancong lemas di Gua Rusa

SEORANG warga Jerman ditemui lemas, hari ini selepas dipercayai dibawa arus deras akibat banjir kilat di Gua Rusa Mulu, semalam.


Mayat mangsa, Peter Hoverkamp, 66, ditemui kira-kira 7 pagi manakala seorang lagi mangsa iaitu lelaki warga Malaysia, Roviezal Robin, 20, masih belum ditemui.


Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata, lapan lagi, termasuk seorang pemandu pelancong, bagaimanapun selamat dalam kejadian itu.


Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada 6 petang.


“Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan hari ini dengan bantuan Unit Udara JBPM,” katanya.


Berita berkaitan:


Norlida Ishak Shop