Expired : 18.06.18

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Menang Anugerah Di Festival Filem Animasi Antarabangsa Kanada




Fiza Kamarudin



Hiburan

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Menang Anugerah Di Festival Filem Animasi Antarabangsa Kanada
Filem animasi tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi anugerah Filem Cetera Terbaik di Festival Filem Animasi Antarabangsa 2019 (ANIMAZE) di Montreal, Kanada.

Filem arahan Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim dan Ahmad Razuri Roseli terbitan Les' Copaque Production itu antara 65 filem dari seluruh dunia yang dipertandingkan.

Berita gembira itu dikongsikan di Instagram rasmi syarikat produksi berkenaan.

 

“Tahniah, filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dipilih sebagai pemenang di ANIMAZE 2019 dalam kategori Filem Cetera,” demikian pengumuman itu.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal diberikan skor 9.6/10 oleh Internet Movie Database (IMDb) sekali gus mengatasi skor filem Paskal yang juga mendapat skor tinggi 8.8/10.

Terdahulu, filem yang mula ditayangkan pada 21 Mac lalu itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta hanya selepas tiga minggu ditayangkan dengan jumlah penonton mencecah 2 juta di Malaysia.

ANIMAZE adalah festival filem antarabangsa berpangkalan di Montreal yang dianjurkan bagi mengiktiraf karya animasi dari seluruh dunia.
 
Sumber: Harian Metro


Norlida Ishak Shop