Expired : 18.06.18

Usah Diam Seribu Bahasa, Ambil Tindakan Terhadap ‘Musuh Negara’

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS


USAH DIAM SERIBU BAHASA, AMBIL TINDAKAN TERHADAP ‘MUSUH NEGARA’



1. DPPNPs menyambut baik ucapan Menteri Pertahanan, Mohamad bin Sabu yang menyifatkan mana-mana pihak yang menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan musuh negara.


2. Tindakan menghina benteng terakhir negara itu adalah amat melampau dan tidak sewajarnya dilakukan oleh seseorang yang bergelar rakyat Malaysia .


3. Justeru, DPPNPs menggesa pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya mengambil tindakan tegas kepada pihak yang digelar ‘musuh negara’ oleh Menteri Pertahanan supaya perbuatan sedemikian tidak lagi berulang di samping memberikan pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia.


4. Kerajaan juga diingatkan supaya tidak berdiam diri dengan perbuatan yang menghina para perajurit kita serta tidak hanya mengeluarkan kenyataan yang bersifat retorik politik semata-mata mahu meredakan keadaan.


HAZIQ ASYRAF DUN

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis

18 Ogos 2019 | 17 Zulhijjah 1440H


The post Usah Diam Seribu Bahasa, Ambil Tindakan Terhadap ‘Musuh Negara’ appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop