Expired : 18.06.18

Usaha Pelumba LTdL Bertutur Bahasa Inggeris Dengan Loghat Terengganu Dipuji Netizen

Bercakap dalam bahasa yang tidak selalu digunakan dalam kehidupan seharian boleh menjadi perkara yang agak sulit buat sesetengah daripada kita terutamanya bahasa Inggeris.


Walaupun memahami apa yang dituturkan orang lain dengan baik namun bila mahu membalas balik apa yang ditanyakan orang lain sudah pasti ia akan kedengaran sedikit berbeza dengan mereka yang fasih dalam bahasa tersebut.



Bagaimanapun perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi halangan untuk kita berkomunikasi dalam bahasa yang kita tidak fasih asalkan maksud yang ingin disampaikan dapat difahami oleh orang lain dengan baik.


Seperti pelumba basikal Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh yang tular semalam apabila sesi temu bualnya bersama wartawan dalam bahasa Inggeris mencuri tumpuan netizen kerana mempunyai slang Terengganu.



Level konpideng die cakak tu tinggi. Salute Harris! Teranu ori boh! pic.twitter.com/rD0Ga8N1x9


— MYtehOais (@my_tehoais) February 13, 2020



Walaupun pertuturannya dalam bahasa Inggeris itu mempunyai loghat Terengganu, namun kita semua dapat memahami apa yang dimaksudkan Harrif ketika itu.


Malah, netizen juga memuji keberanian dan kelancaran beliau menggunakan bahasa Inggeris ketika sesi temu bual dan berpendapat tiada apa yang salah dengan caranya berbahasa Inggeris itu.


Apatah lagi, kejohanan Le Tour de Langkawi ini adalah merupakan kejohanan berbasikal yang disertai ramai peserta dari luar negara dan turut mendapat liputan media luar.



Sepatutnya orang melayu kita cakap ja english mcm ni pun, tak payah kisah accent ka slang sangat pun, as long as we deliver the message and people understand, rossi pun bantai ja kot english dia malu apa, https://t.co/LUYyFebFYU


— Ku (@ku_nazmi) February 13, 2020




Power dia cakap sebenarnya, tade stutter lansung and points die ade. Thats what that matters. https://t.co/YjiAKXHRk3


— Amir Tajjudin (@AmirTajjudin) February 13, 2020




Accents are never a problem.


Just decent spoken English is fine. And he did fine. https://t.co/ODgfsm8xOg


— ᴊᴏᴇ ʟᴇᴇ