Expired : 18.06.18

““Ustaz.. Ustaz Bertuah Dapat Berkongsi Mesej-Mesej Yang Baik Di Pentas Lawak Ni…” – Fakhrul UNIC Bercerita Kebaikan Arwah Abam


Salah seorang penyanyi kumpulan UNIC, Fakhrul Radhi bercerita mengenai keb4ikan anggota kumpulan lawak Bocey, Allahyarham Abam yang meninggal dunia semalam.


Fakhrul atau nama sebenarnya, Mohd Fakhrul Radhi Khamaruddin mendapat perkhabaran tentang pem3rgian Abam ketika dia berada di tanah suci Makkah.


Berkongsi cebisan memori bersama Abam di laman Instagram miliknya semalam, Fakhrul meng4kui sangat terkejut dengan pemergian pelawak itu.


“Salam, Makkah baru lepas subuh… Bangun-bangun subuh terkejut sangat tak terkata, bila bukak saja fon dpt nottification bertalu yang sahabat kita semua @abam_bocik dah pergi tinggalkan kita..


“Saya terus cakap pada Ustaz Don Daniyal , “Wei kawan kita Abam dah tak ada” mengucap panjang kami berdua. Walau saya tak serapat dengan arwah macam ahli keluarganya @fadbocey @acheykintangkintung dan @aliputeh89 , tapi saya bersaksi demi Allah, Abam seorang yang sangat baik dan sentiasa bahagiakan orang lain,” tulisnya.


Fakhrul juga sempat mengimbas memorinya bersama Abam ketika mereka menyertai program Muzikal Lawak Superstar tahun lalu.


“Masa dalam Muzikal Lawak, dia antara pelawak yang selalu datang peluk saya tanya soalan-soalan agama… Saat saya rasa koyak tak mampu nak tanggung beban untuk semi dan final, dia yang bagi semangat..


“Katanya “Ustaz.. Ustaz bertuah dapat berkongsi mesej-mesej yang baik di pentas lawak ni, kami semua tak boleh melawak macam yang ustaz buat dengan UNI, guna ruang ni”.


“Hari ini Abam pergi tinggalkan kita, moga segala kebaikan dia buat kawan-kawan dan keluarga jadi temannya di barzakh, kami bakal menyusul Abam… Kita jumpa di syurga mudahan..


“Sama-sama kita doakan buat arwah… Allah ampunilah dia rahmatilah dia dan keluarga yang dia tinggalkan. Al-Fatihah,” tulisnya lagi.







View this post on Instagram


Salam, Mekah baru lepas subuh..bgn2 subuh terkejut sgt tak terkata, bila bukak saja fon dpt nottification bertalu yg shbt kita semua @abam_bocik dah pergi tinggalkan kita..sy trus ckp pada ust @dondaniyaldonbiyajid_ , “wei kwn kita abam dh takde” mengucap pjg kami berdua