Expired : 18.06.18

Ustaz Wi, Kaulah Guru Kaulah Teman | Ustaz Akmal Kamarudin

 


Ust Wi Kaulah Guru Kaulah Teman..


إنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ..


Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan

Kau sahabatku kau teman sejati.


Suasana pilu dan hiba pagi ini bila mendapat berita pemergian seorang insan berjasa besar kepada kita terutama kepada diriku yang dhaif ini.


Saya bersama dengannya sejak alam persekolahan lagi. Kami berada di kelas yg sama di Maahad al Ehya Assharif Gunong Semanggol sejak tingkatan 1 hingga SPM. Dalam kelas Ust Wi duduk di depan sekali dan saya berada di meja belakang sekali. Selalunya beliaulah yg mendapat nombor satu dalam kelas. Beliau terkenal dari kalangan kami sebagai budak bijak dan anak murid kesayangan guru.Pakaian sekolahnya digunakn untuk beberapa tahun. Sehinggakan singkat dan lusuh. Seluar sekolah dipakai sampai singkat, kopiah dah terkeluar bulu bulu. Kasut sampai nipis dan terkoyak .. Beliau ulang alik ke sekolah dengan menaiki basikal tua… Setelah ayahnya meninggal dunia beliaulah yg banyak menyara dan membantu keluarga dan adik-adik yang masih bersekolah.


Setiap kali peperiksaan beliau banyak membantu saya untuk lulus dalam peperiksaan. Saya turut menyertai pasukan kadet polis bersamanya. Tapi beliau berusaha sehingga di anugerahkan pangkat sarjan sedangkan saya tidak pernah mendapat apa2 pangkat.


Memori indah kita bersama terus bersemadi

Kau sahabatku kau teman sejati.


Ketika sama sama menuntut di Mesir saya ulang alik dari Zagaziq ke Mansurah utk belajar usul fiqh dengan beliau. Sekali lagi beliau tak lokek utk mencurahkan ilmunya terhadap diri saya yang serba kekurangan ini.


Ust Awie telah berhempas pulas berjuang dalam saf pemuda PAS Perak. Ketika itu saya baru pulang belajar dari Syria. Ust Awie dipilih sebagai Ketua Pemuda Perak yang baru selepas Af Ust Azli Musa. Beliau minta saya turut bersama dalam saf Exco Pemuda PAS Perak pimpinan beliau. Saya menerimanya kerana saya tahu beliau akan memberi tunjuk ajar kepada orang baru seperti saya.


Pada PRU 13 kami sama-sama dipilih sebagai calon PAS … Beliau byk memberi tunjuk ajar kepada saya cara bagaimana utk menang dalam pilihanraya.. Beliau berjaya dalam pru 13.. Beliau mengajar saya, katanya kalau ikut cara sebagaimana yang ditunjukkan beliau, InsyaAllah boleh menang pada PRU14.. Alhamdulillah PRU14 kami berjaya. Namun beliau pula pergi meninggalkan kita buat selama lamanya. Air mataku tumpah ke bumi mengenangkan kesungguhannya mendidik dan mentarbiyah para amilin tanpa jemu.


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Di saat kau masih diperlukan

Tuhan lebih menyayangi dirimu

Ku pasrah diatas kehendak yang Esa


Kini kau tiada lagi disampingku, kau lebih awal dijemput Ilahi, Allah lebih menyayangimu. Kaulah guruku kaulah murabbiku kaulah temanku. Aku pasti merinduimu. Takziah kepada seluruh anggota keluarga al marhum. Moga tabah hadapi ujian Ilahi. Doa kami semoga Allah ampunkan segala dosa-dosamu. Moga Allah cucuri rahmat ke atasmu. Moga Allah tempatkanmu bersama salafussalih dan para anbiya. Terima kasih sahabatku.. Damailah kau di sana.


Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia

Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu

Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini

Walau ku tahu kau tiada di sisi.


Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan

Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau

Bagai semalam kau bersama kami.


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه ، وَأَكْرِمْ نُزُلَه ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَه ، وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار


اللّهمّ اجعل قبره روضة من رياض الجنّة…ولا تجعل قبره حفرة من حفر النّيران


Akmal hj Kamarudin

Selama, Perak


The post Ustaz Wi, Kaulah Guru Kaulah Teman | Ustaz Akmal Kamarudin appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop