Expired : 18.06.18

UTM juara Anugerah Debat Perdana 2018

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2018 – Pasukan Debat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya mencipta kegemilangan apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Anugerah Debat Perdana (ADP2018) yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Business School Kampus Gurney yang berakhir Ahad lepas.


Pasukan Debat UTM mempamerkan hadiah kemenangan di majlis penutup ADP 2018 yang berlangsung di UNIKL Business School kampus Gurney, Kuala Lumpur.

Pasukan Debat UTM diwakili dua pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan elektrik Mirza Hakim Yusri dan Muhammad Naim Khoizulazwal yang menjadi ahli Kelab Debat, Pidato dan Pemikiran Kreatif (De’Pikir) UTM.


Pada peringkat akhir, mereka berperanan sebagai pembangkang penutup dan membentangkan usul bertajuk Sudah Tiba Masanya Dewan Ini Mencari Pengganti Komoditi Kelapa Sawit Universiti Teknologi MARA (UiTM)


Selain dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan membawa pulang wang tunai RM15, 000.00, piala pusingan, plak, sijil dan cenderamata,  Muhammad Naim Khoizulazwal turut dipilih sebagai Pendebat Akhir Terbaik. Beliau membawa pulang wang tunai RM1,000.00, plak, sijil dan cenderamata.


Pada pertandingan itu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menduduki tempat ketiga dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) di tempat keempat.


Hadir menyaksikan pertandingan akhir adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.


ADP2018 adalah anjuran bersama Pertubuhan Alumni Mahasiswa Turun Parlimen, (MANTAP), Talent Management Club UniKL Business School, UniKL Student Representative Council dan turut mendapat  sokongan daripada YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Program debat itu adalah platform eksklusif bagi peserta mengetengahkan idea-idea bernas dan berpeluang menganalisis kekuatan serta kelemahan dasar-dasar semasa di dalam dan luar negara.


Mereka seterusnya dikehendaki membentangkan cadangan-cadangan bernas demi membentuk negara Malaysia yang lebih baik.


Norlida Ishak Shop