Expired : 18.06.18

UTM Memacu Kelestarian Kampus Melalui Pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)

Naib Cansellor ( tengah )bersama vip kehormat semasa majlis pengisytiharan “Kampus Tanpa Plastik Sekali-Guna”


JOHOR BAHRU, 20 JUN 2019 – Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) telah menganjurkan Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri yang terbuka kepada seluruh warga universiti dan orang ramai. Di samping menyambut bulan Syawal pihak universiti juga mengambil kesempatan ini dengan melancarkan sebuah program bagi menyahut seruan kearah menjadikan UTM sebuah universiti di dalam Malaysia yang menitikberatkan kebersihan. Program tersebut dinamakan sebagai “Kampus Tanpa Plastik Sekali-Guna” atau ( No Single Use Plastic Campus).
Program ini telah dilancarkan oleh Naib Cansellor UTM serta beberapa ahli kehormat serta wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO). Dengan adanya pengisytiharan program ini maka bermula satu era baharu di UTM iaitu satu era yang mementingkan kelestarian kampus dan menunjukkan dedikasi pihak universiti dalam merealisasikan gagasan pelan Kampus Bersih dan Lestari.
Perlaksaan program ini boleh dilihat dengan adanya peraturan yang tidak membenarkan para peniaga mahupun para pemgunjung untuk membawa bekas makanan, sudu dan garfu serta cawan minuman yang berunsurkan plastik sama sekali. Namun begitu, pihak universiti turut menyediakan bekas makanan yang berasaskan bahan terbiodegredasi serta bekas makanan daripada unsur tumbuhan yang mesra alam bagi orang ramai dengan harga yang sangat murah.


Penjualan bekas makanan mesra alam kepada para pengunjung turut disediakan


Menurut Naib Cansellor UTM juga program ini bermula daripada keprihatinan pihak universiti dengan masalah plastik bukan sahaja di dalam Malaysia malah juga di luar negara. Tegasnya lagi, UTM memandang serius perkara ni dan telah memulakan perlaksanaan yang agresif. Menurut beliau juga, di UTM terdapat usaha menjadikan sisa-sisa makanan untuk dijadikan sebagai baja. Dalam jangka masa panjang beliau berharap dapat menjadikan bahan buangan ini sebagai punca pendapatan iaitu “from waste to wealth”.


Sustainable Development Goal ( SDG ) merupakan sebuah agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) yang memperkenalkan 17 matlamat yang harus dicapai menjelang tahun 2030. SDG merupakan sebuah elemen penting kerana ia menjadi tunjang kepada kelestarian dan kesejahteraan komuniti di dalam negara. SDG juga merupakan “tulang belakang” kepada kelestarian di dalam kampus.
Inisiatif semasa yang dijalankan oleh pihak UTM adalah mempraktikkan budaya tanpa plastik dengan menggunakan konsep 3P iaitu Polisi, Perlaksanaan dan Pemantauan bagi mengurangkan penggunaan plastik di dalam kampus


Naib Cansellor UTM ( tengah ) dalam temuramah mengenai inisiatif SDG bertempat di UTM


Sebagai contoh, pihak UTM telah mengambil langkah proaktif dengan membelanjakan sejumlah yang besar sebanyak RM 60 sehingga 70 ribu sebulan bagi mengurus sisa pepejal dan sebanyak 40% sisa pepejal terdiri daripada bahan buangan yang tidak boleh dikitar semula.
Pihak UTM mensasarkan dengan adanya perlaksanaan agenda “Sifar Sampah” ia dapat menghasilkan impak dengan penurunan sisa plastik domestik menjelang tahun 2022 dan kesemua sisa domestik akan diproses semula bagi menjadikan bahan lain seperti baja dan produk hiliran untuk haiwan ternakan serta tenaga yang boleh diperbaharui.
Di samping itu, pihak UTM juga turut mementingkan isu pelepasan gas karbon di dalam kampus dan dengan adanya pelancaran program ini, ianya dapat menjadi aspirasi kepada pelan Kampus Rendah Karbon, Kampus Sifar Sampah dan Kampus Pengurusan Sampah Efektif


UTM juga turut menjalinkan kerjasama bersama J-Biotech Holdings bagi menjadikan Kampus Tanpa Plastik Sekali-Guna dan Alternatif Plastik Mesra Alam. Kedua-dua pihak ini telah menjalin kerjasama sejak tahun 2018 dan pihak J-Biotech menyokong sepenuhnya usaha UTM dalam melaksanakan SDG dalam memberi khidmat nasihat, informasi dan kesedaran melalui pameran dan penerangan kepada kesemua kakitangan, pengusaha dan pelajar agar lebih menyedari dan peka terhadap kepentingan penggunaan barangan mesra alam dan sifar plastik sekali-guna ini.
Kerjasama ini diharap dapat memberi impak yang positif dan dapat membantu merealisasikan matlamat Sifar Sampah ( pengurangan kos mengurus sampah sehingga 60% ) dan mencapai matlamat SDG ke-12 iaitu Kebertanggungjawaban Pengeluaran dan Penggunaan


Norlida Ishak Shop