Expired : 18.06.18

UTM Raih Kemenangan Berganda di INOMOS 2019

GELUGOR, 28 Mac — Pasukan Rakan Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (USM) yang diketuai oleh Ustazah Rahmawatulhusna Sokhipul Hadi telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Inovation For Mosque Challenge (INOMOS) 2019 yang bertempat di Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.


Pasukan ini telah menghasilkan sebuah inovasi apps Smart Zakat yang direka khas bagi keperluan kutipan dan agihan zakat dengan pemantauan sekuriti yang baik.


Smart Zakat ini juga bertujuan memudahkan pengurusan zakat di samping dapat menarik warga UTM untuk mengimarahkan masjid dengan program-program yang dianjurkan oleh pihak Pusat Islam.


Lebih indah lagi, kejayaan UTM turut diraih oleh Pasukan 5ETP TeknoHafiz UTM yang mendapat tempat keempat dalam pertandingan sama.


Kumpulan TeknoHafiz telah memperkenalkan aplikasi e-Hafiz, sebuah aplikasi yang berfokuskan untuk “Menguasai Al-Quran di atas talian”.


Projek yang bertemakan “Mudah, Fleksibel dan Kualiti” ini dicetuskan oleh empat mahasiswa UTM iaitu Muaz Muhd Asri, Muhammad Kamil Yahya, Nik Aiman dan Mujahid Misbah.


E-Hafiz mempunyai 2 fungsi utama iaitu E-Talaqqi yang membolehkan pembelajaran Al-Quran secara bertalaqqi dilakukan secara atas talian dan E-jtima’ yang boleh memudahkan pertemuan antara murid dan guru Al-Quran.


Pertandingan INOMOS 2019 telah disertai oleh 50 buah kumpulan dari empat buah IPTA seluruh Malaysia.


Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM, Prof. Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.


Pasukan Rakan Pusat Islam UTM menerima hadiah kemenangan dari Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM, Prof. Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Norlida Ishak Shop