Expired : 18.06.18

UTM Terima Geran Penyelidikan Kontrak bernilai RM2.5 juta

JOHOR BAHRU, 5 Julai 2018 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima Geran Penyelidikan Kontrak Industri sebanyak RM 2.5 juta daripada kontraktor Teknologi Maklumat, GATES IT Solution Sdn. Bhd.


Syarikat yang juga merupakan entiti perniagaan (syarikat hiliran) yang dimiliki UTM itu
telah bersetuju untuk menganugerahkan geran penyelidikan tersebut kepada pihak Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UTM.


Majlis penerimaan sumbangan itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar dalam majlis perhimpunan bulanan kakitangan universiti itu yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.


Prof. Wahid yang ditemui selepas majlis penyerahan cek itu berkata projek penyelidikan ini akan diketuai oleh Dr. Afnizanfaizal bin Abdullah dari Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan dengan tajuk projek, ‘The Design of Enterprise Collaboration Framework For Integration Of Various Government Agencies’ yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.


“Projek ini akan dilaksanakan dengan berlandaskan synopsis projek iaitu pengintegrasian platform sistem yang digunakan oleh pelbagai agensi yang ada di Malaysia dengan penggunaan Gerbang Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (GOSG).


“GOSG ditubuhkan dengan tujuan berkhidmat di atas Bursa Data Pusat Kerajaan (MyGDX) bagi mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan dalam talian agensi kerajaan. Ini dapat memudahkan capaian dilakukan melalui satu gerbang tunggal,” katanya.


Dalam program ini, rangka kerja kerjasama perusahaan untuk membolehkan ekosistem terpusat dicadangkan dengan memanfaatkan GOSG dan MyGDX.


Di samping itu, Pemodelan dan Senibina Berorientasikan Perkhidmatan Agile juga akan digunakan.


Hasil dari program ini dijangkan dapat menghasilkan portal yang berorientasikan komuniti secara bersepadu dan mudah dicapai.



Norlida Ishak Shop