Expired : 18.06.18

Vaksin COVID-19 dijangka siap dalam tempoh 18 bulan lagi

GENEVA, 20 Jamadilakhir 1441H, Jumaat – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa, berkata, vaksin pertama untuk COVID-19 dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan, lapor agensi berita Xinhua.


Menerusi Twitternya beliau berkata “ada banyak yang boleh kita lakukan bagi mencegah penularan dan bersedia untuk mengawalnya daripada terus merebak.”


Terdahulu, pada taklimat akhbar beliau berkata “sekarang kita memerlukan pelaburan untuk menghentikan wabak COVID-19,” sambil menambah menghasilkan vaksin dan terapeutik adalah agenda penting dalam penyelidikan.


“Kita bukan tidak berupaya untuk mempertahankan diri, kerana sekarang terdapat banyak dasar dan langkah pencegahan dalam kesihatan awam,” katanya.


“Jadi, kita perlu terus berusaha dengan menggunakan kelebihan yang ada bagi memerangi virus itu, sambil bersiap sedia untuk langkah jangka panjang,” tambahnya. -Bernama


The post Vaksin COVID-19 dijangka siap dalam tempoh 18 bulan lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.