Expired : 18.06.18

Van Dijk 'enggan' layan Estonia

KAPTEN Belanda, Virgil van Dijk terlepas aksi Kelayakan Euro 2020 menentang Estonia awal pagi Rabu susulan penarikan diri akibat masalah peribadi, menurut jurucakap persatuan bola sepak Belanda (KNVB) hari ini.


Pertahanan Liverpool, Van Dijk, 28, beraksi 90 minit ketika Belanda seri 0-0 di Ireland Utara semalam untuk mara kali pertama ke kejohanan utama sejak 2014.


Belanda terlepas pusingan akhir Kejohanan Eropah di Perancis dan Piala Dunia di Russia tahun lalu.


Skuad Ronald Koeman perlu melengkapkan kempen mereka di Amsterdam tanpa Van Dijk yang telah pun meninggalkan kem latihan, menurut kenyataan KNVB dalam laman web kelab.


Belanda meraih 16 mata daripada tujuh perlawanan dan dua mata di belakang pendahulu Kumpulan C, Jerman.


Pertahanan tengah, Van Dijk tampil dalam 12 aksi liga bersama Liverpool musim ini dan akan kembali beraksi menentang pasukan di tangga ke-12, Crystal Palace Sabtu depan.


Norlida Ishak Shop