Expired : 18.06.18

Vape, nano stick turut dilarang di premis makanan: KKM


KUALA LUMPUR, 26 Rabiulawal 1440H, Khamis – Bukan sahaja rokok, malah, penggunaan rokok elektronik (vape dan nano stick) dan shisha turut diumumkan dilarang dalam premis makanan.


Kementerian Kesihatan dalam satu poster yang disiarkan di laman Facebook rasminya, hari ini berkata, larangan tersebut berkuat kuasa sama seperti larangan merokok yang bermula kelmarin.


“Selain daripada merokok, vape, nano stick dan shisha turut dilarang di premis makanan. Harap maklum,” kata kementerian itu.


Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan vape dan shisha yang mengandungi nikotin turut termasuk dalam larangan merokok seperti yang tertakluk dalam Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.


“Peraturan itu jelas jika mempunyai nikotin akan tertakluk (pada larangan tersebut), dengan kata lain apabila kita buat penguatkuasaan kita akan lihat sama ada vape atau shisha itu mempunyai kandungan nikotin atau tidak.


“Jika kita dapati tiada nikotin ia tidak termasuk dalam larangan itu nanti,” katanya seperti dipetik Bernama dua bulan lalu.


The post Vape, nano stick turut dilarang di premis makanan: KKM appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop