Expired : 18.06.18

Veritas Memberi Peluang Kepada Syarikat Untuk Memodenkan Pengurusan Data Organisasi

Selaku antara peneraju dalam industri perlindungan data dan simpanan perisian pasaran terbuka, Veritas kini tampil membuka peluang kepada semua organisasi syarikat bagi memodenkan pengurusan data mereka dengan lebih mudah.


Menerusi Veritas Tech Symposium 2018 – platform seperti 360 Pengurusan Data ini memperlihatkan empat aspek utama yang ditekankan pada kesemua organisasi. Elemen tersebut adalah perlindungan dalam pengurusan data, menguruskan simpanan, melancarkan storan awan dan membolehkan pematuhan bagi pemindahan data dilakukan. Penekanan bagi elemen ini secara tidak langsung dapat membantu pembangunan mata wang ekonomi negara.


Kini, data bukan lagi sekadar maklumat kepada organisasi namun ia bakal menjadi aset utama syarikat dalam mengembangkan organisasi mereka. Bagi lanskap IT yang semakin variasi ia meletakkan pengurusan data pada persekitaran yang berbilang iaitu di hibrid dan kompleks.


Bersama Ravi Rajendran – Pengarah Urusan Jualan, Veritas menyatakan menerusi strategi pengurusan data yang baik mereka dapat memastikan pelanggan dapat mencapai pematuhan peraturan dan memanfaatkan data mereka disamping menjimatkan kos penyelenggaraan mereka.


Oleh itu, sejajar dengan matlamat Veritas iaitu membantu pelanggan bagi menemui dan melaksanakan perlindungan data mereka. Sekali gus memberikan penyelesaian kepada mereka pada aspek penyimpanan perisian menjadi keutaamaan mereka dalam perbincangan Veritas Tech Symposium 2018 kali ini.


Norlida Ishak Shop