Expired : 18.06.18

Versi Windows 10 Akan Datang Membolehkan Skrin Peranti Android Dipaparkan Ke PC

Microsoft sebelum ini pernah memperlihatkan kebolehan untuk memaparkan skrin daripada peranti Android ke PC, namun ia tidak diberikan sebarang tarikh untuk mengujinya. Dengan pengenalan kemaskini terbaru Windows 10 Insider Preview, fungsi ini nampaknya telah sedia untuk diuji oleh pengguna yang sedia berada di dalam program Windows Insider.


Fungsi ini dikenali sebagai “Phone Screen”, yang membolehkan paparan daripada sejumlah peranti Android terpilih dipaparkan ke PC. Ia membolehkan pengguna melihat kandungan di dalamnya pada skrin yang lebih besar, selain membolehkan anda mengurus peranti tersebut daripada komputer. Fungsi ini dilihat berguna ketika anda ingin menunjukkan demonstrasi aplikasi atau melakukan perbentangan kerja.



Namun Microsoft telah mengatakan bahawa peranti Android yang menyokong fungsi ini adalah terhad buat masa ini. Ia memerlukan peranti yang berkuasa dan menjalankan sekurang-kurangnya Android 7.0 dan ke atas. Melalui dokumentasi yang dikongsikan oleh Microsoft, ia hanya menyokong peranti Samsung Galaxy S8, S8+, S9, dan S9+.


Fungsi ini dijangka akan diberikan melalui kemaskini Windows 10 binaan 1903 setelah ia berjaya mencapai versi stabil. Namun bagi anda yang ingin mencubanya dengan lebih awal, daftarkan diri anda ke program Windows Insider dan muat-turun versi Windows 10 terkini melalui saluran Fast Ring.


Norlida Ishak Shop