Expired : 18.06.18

[VIDEO] Ajak ‘Prank’ Anak Sulungnya Sehingga ‘Patah Hati’, Ending Buat Netizen Sebak

Terbaru Ajak telah berkongsikan video ‘Prank’ kepada anak sulungnya, Jad Thaqif sebelum membuat kejutan yang tidak dijangka.


Pada awalnya, mereka sekeluarga telah masuk ke sebuah kedai basikal untuk membelikan basikal kepada anaknya. Namun begitu, beliau hanya mengizinkan anak keduanya iaitu Mohamad Had untuk memilih basikal yang digemari.



Hal ini membuatkan anak pertamanya, Jad terus kecewa dan patah hati kerana tidak dapat memilih basikal seperti adiknya. Walaupun merajuk, Jad tidak pula memberontak dan kelihatan tenang menuju ke kereta.


Setelah beberapa ketika, kereta mereka berhenti dan Ajak menunjukkan sebuah basikal yang telah dibeli terlebih dahulu untuk Jad kejutan kepada anak sulungnya. Jad yang patah hati tadi terus tersenyum sebelum menitiskan air mata.


Hal ini  turut mengundang sebak netizen apabila melihat Jad menangis sambil menerima kejutannya.





VIDEO :





View this post on Instagram


. Mahalnya hadiah bukan pada harga, Tapi bagaimana kita menyampaikannya


Norlida Ishak Shop