Expired : 18.06.18

[VIDEO] Apa Yg Syeriv Buat Pada Adiknya Bila Menangis Buat Ramai Tak Sangka

Pelakon Syatilla Melvin terharu melihat gelagat anak sulungnya, Syeriv Samheizy memujuk adiknya,  Sarima Samheizy.


Syatilla berkongsi gelagat anaknya itu menerusi satu video pendek rakaman CCTV yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini.


Video tersebut merakamkan Syeriv berada dalam sebuah bilik dan sedang memujuk adiknya yang menangis.


“Tilla sengaja duduk luar bilik pantau melalui CCTV nak tengok macam mana dia handle adik dia. Ya Allah tak sangka Syeriv abang-abang sangat.






“Dia siap cakap abang ada ya sayang, aduhhh patutkah aku mengandung lagi eh,” tulisnya bergurau.


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga tidak ketinggalan memuji kecomelan Syeriv antaranya Hanis Zalikha, Ramona Zamzam dan Amber Chia.





Terdahulu, Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki sebelum ini, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.


Manalala Sarima pula dilahirkan pada 17 April 2019.


Dalam perkembangan terbaru Syatilla kembali dengan filem pendek raya terbitan Gempak dan Astro Shaw berjudul Gerakan Serunding.


Filem berdurasi lebih enam minit, ia merupakan gandingan pertama suami isteri Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.



Gerakan Serunding mengisahkan Siti (Syatilla Melvin) dan Ali (Shaheizy Sam) menyambut Ramadan dalam suasana PKP, teringin untuk berbuka dengan juadah makanan istimewa hasil tangan ibu di kampung iaitu Serunding.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP


Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress




Sumber: Gempak via Berita Steady