Expired : 18.06.18

[VIDEO] Bakal Suami Neelofa, Ini Pesan Mama! Tak Sangka Ini Ciri-ciri Menantu Pilihan Mama Neelofa

Melangkah ke putaran tahun 30, bintang seni yang semakin menyinar ini meletakkan namanya nun jauh di langit kejayaan.


Siapa yang tidak kenal dengan pengacara dan pelakon popular, Neelofa. Tanpa perlu bicara panjang, kejayaan yang dicipta sudah cukup membuktikan dia bukan calang-calang wanita.


Jiwa besinya dalam menghadapi apa juga cabaran dan dugaan cukup kuat. Perisainya kebal dan dia tidak sekali mengalah dengan serngan kata-kata menjatuhkan daripada warganet.



Sempena ulang tahun ke 30 si bunga biru ini, MHE TV membingkaikan sebuah video eksklusif untuk tatapan semua khususnya para jejaka yang bermimpi untuk menjadikannya suri di hati.


Kepada Neelofa, terus terbang tinggi! Semoga sayap emasmu semakin megah terbang di angkasa kejayaan.


(VIDEO PENUH DIBAWAH)


Hasrat Neelofa kembangkan karier di Eropah terlaksana


PELAKON dan pengacara Neelofa bakal menandatangani kontrak dengan dua buah agensi masing-masing di United Kingdom (UK) dan Perancis dalam usaha mengembangkan karier dan perniagaannya di Eropah.


Neelofa, 29, berkata, kedua-dua agensi itu bakal mewakilinya bagi dalam bidang fesyen dan kecantikan selain mengembangkan rangkaiannya tudung jenamanya, Naelofar Hijab.



 


“Insya-Allah pada Selasa depan saya akan berangkat ke sana untuk menandatangani kontrak bersama dua agensi tersebut.


“Kedua-dua agensi itu sudah kukuh di Eropah dan mereka akan mewakili saya dalam usaha mengembangkan rangkaian fesyen dan kecantikan.


“Menjadi hasrat saya untuk membawa imej Muslimah dan berhijab dalam fesyen dalam pasaran di sana memandangkan gaya modest semakin mendapat tempat di Eropah,” katanya.


 



Neelofa akan lebih banyak berulang-alik ke Eropah selepas ini.


Dalam pada itu, Neelofa berkata, dia sudah lama memasang impian mengembangkan karier dan perniagaan di luar negara namun tidak mempunyai saluran atau mengetahui cara yang tepat untuk berbuat demikian.


Katanya, dia mahu ke luar negara kerana tidak mahu terus berada dalam zon selesanya kini dan perlu melakukan sesuatu yang berbeza dan mencapai matlamatnya.


“Alhamdulillah saya berpeluang bertemu dengan seorang ejen dari Amerika Syarikat yang kini adalah pengurus global saya iaitu Norman.


“Norman yang juga berkahwin dengan rakyat Malaysia sangat memahami visi saya malah dia mempunyai kepakaran merialisasikan impian saya.


 



Neelofa tidak mahu terus berada dalam zon selesa.


“Beliau juga yang membantu mendapatkan kontrak di United Kingdom dan Perancis,” jelasnya.


Dalam perkembangan lain, Neelofa berkata, dia masih berminat untuk berlakon namun sukar untuk memberi komitmen kerana jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti termasuk akan kerap berada di Eropah sepanjang tahun hadapan.


Pun begitu kata Neelofa, dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan tanggungjawabnya sebagai hos program MeleTOP yang sudah memasuki tahun keenam.


“Saya ada terfikir hendak berlakon tetapi jadual sudah agak padat tahun hadapan namun saya bersyukur MeleTOP adalah platform untuk peminat melihat saya di televisyen setiap minggu.


“Buat masa ini saya tidak terfikir langsung untuk tinggalkan MeleTOP kerana program itu istimewa dalam hati saya,” katanya.


VIDEO :



Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!


Sumber : MHE TV via Mstar / Catatan Terakhir


Norlida Ishak Shop