Expired : 18.06.18

(VIDEO) Cover Lagu Wanita, Nyanyian Bella Astillah Bikin Netizen Sebak

Mungkin tidak mahu terus terbawa dengan emosi duka gara-gara kontroversi kecurangan suaminya, Aliff Aziz bersama pelakon wanita, Oktovia Manrose, penyanyi Bella Astillah cuba untuk menghiburkan hatinya dan memuat naik video di akaun Instagramnya.



Menyanyikan semula lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza bertajuk Wanita, video tersebut yang dimuat naik kira-kira empat hari lalu sudah viral dan mendapat lebih 1 juta tontonan setakat ini.


Instagram Photo


Rata-rata netizen memuji Bella sangat berbakat dan mempunyai suara merdu itu dan ada juga yang sebak saat mendengar nyanyian beliau.



Terdapat juga segelintir netizen yang berpendapat lagu tersebut seakan ditujukan kepada suaminya Aliff Aziz menggambarkan perasaan dan luahan terhadap kontroversi yang melanda rumah tangga mereka.


Tidak dinafikan Bella mempunyai suara yang merdu dan kami sendiri dapat rasakan penghayatan beliau menyanyikan lagu itu. Kalau layan berulang kali memang sebak dibuatnya. Apa-apa pun, harap beliau kekal tabah.


Sumber Berita : Media Hiburan


Norlida Ishak Shop