Expired : 18.06.18

VIDEO: Dituduh buat cerita dongeng, Ahmad Maslan bangun jawab Tun M

SESI Parlimen gamat seketika apabila Tun Dr Mahathir (PH-Langkawi) bangkit mencelah ketika Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) berbahas mengenai kerugian yang dialami Felda sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) menerajui pentadbiran kerajaan.


Ketika itu, Ahmad sedang menghuraikan kerugian mencecah RM1 bilion yang dialami Felda pada 2018, walaupun mencatatkan keuntungan sejak tujuh tahun berturut-turut sebelum itu di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).


Dr Mahathir tiba-tiba bangkit mencelah, walaupun bukan menjadi suatu amalan di Parlimen Perdana Menteri membuat celahan ketika sesi perbahasan.


Tindakan itu bagaimanapun dibenarkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof manakala Ahmad memberi laluan sambil berkata: “Wah, ini hari ini dalam sejarah (Perdana Menteri bangun mencelah)…saya izinkan seluas-luasnya.”


Dalam celahannya, Dr Mahathir menyatakan rasa ‘kagum’ atas cerita-cerita Ahmad yang disifatkan beliau sebagai dongeng.


“Yang saya hairan kenapa dia (Ahmad) dulu tak beritahu bossku lama dia, supaya kita hari ini tidak ada masalah. Tapi penyagak-penyagak ni meninggalkan bekas-bekas mereka dan kita (PH) kena bersihkan.


“FGV (Holdings Bhd) untung berbilion-bilion. Mana duitnya?,” soal Dr Mahathir.


Ahmad bagaimanapun menjawab celahan Dr Mahathir dengan menyatakan bahawa fakta keuntungan FGV daripada 2012 hingga 2017 adalah maklumat awam dan ia boleh diperiksa.


“Saya bukan buat cerita dongeng. Ia buat untuk, begitu juga khazanah, 10 tahun sudah ia untung tapi bila PH berkuasa di bawah YAB Langkawi, ia rugi,” katanya.


Sumber video: Gerak Perak





AHMAD MASLAN VS TUN MAHATHIR


Selalunya PM, TPM dan menteri-menteri hanya akan jawab dalam penggulungan. Tapi ketika Ahmad Maslan berbahas, PM tak tahan dan berdiri untuk mencelah. Saksikan Mat Maslan jawab bila Tun M balun kata dia buat cerita dongeng pasal Felda.


Posted by Gerak Perak on Rabu, 10 April 2019



 


The post VIDEO: Dituduh buat cerita dongeng, Ahmad Maslan bangun jawab Tun M appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop