Expired : 18.06.18

(VIDEO) DSV Hadiahkan Kereta Mewah Mercedes Berharga Setengah Juta Untuk Cik B

Baru sahaja berusia 13 tahun,  anak perempuan Datuk Seri Vida iaitu Cik B cukup bertuah sekali apabila beliau dapat memiliki sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLK berharga setengah juta.


Menerusi akaun Instagram DSV, beliau ada memuat naik beberapa video menunjukkan Cik B begitu teruja mencuba kereta baharunya itu. Terdahulu, Cik B memberitahu beliau inginkan sebuah kereta Mustang sebagai hadiah harijadinya tetapi DSV memilih untuk menghadiahkannya Mercedes terlebih dahulu.


Namun, rata-rata netizen berpendapat jutawan kosmetik itu terlalu memanjakan anaknya sehingga sanggup, memberikan kebenaran untuk Cik B memandu kereta tersebut sedangkan anaknya itu masih dibawah umur dan tidak mempunyai lesen.








Tidak salah untuk manjakan anak tetapi harapnya DSV juga lebih tegas dan peka agar Cik B tidak memandu lagi di atas jalan raya. Tak nak lah nanti berlaku perkara yang tidak diingini.


Kredit Video : Jebart Media


Norlida Ishak Shop