Expired : 18.06.18

[VIDEO] Gelagat Penunggang ‘Ojek’ Terkejut Pemboncengnya Mirip Dengan Wajahnya Memang Mencuit Hati!

Jika di Malaysia cukup terkenal dengan aplikasi tempahan kereta dalam talian seperti Grab, MyCar dan sebagainya, di Indonesia pula terkenal dengan tempahan dalam talian bagi motosikal yang dipanggil ojek.


Jika dilihat keadaan lalu lintas di bandar Jakarta, pastinya ojek akan menjadi pilihan utama untuk perjalanan yang lebih lancar dan cepat.


Menggunakan sistem yang hampir sama, hanya kenderaan sahaja yang berbeza. Begitulah ibaratnya sistem ojek yang diguna pakai di Indonesia.


Memilih untuk menjadi penunggang ojek pastinya saban hari bertemu dengan pelbagai jenis manusia.


Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video pengguna ojek dan penunggangnya yang memiliki wajah seakan sama sedang menaiki motosikal.


Rakaman itu dimuat naik oleh salah seorang pengguna twitter itu meraih hampir 800,000 tontonan serta lebih dari 18,000 retweets!



[Askmf] si kembar terpisah?


Norlida Ishak Shop