Expired : 18.06.18

VIDEO | Gempa gegar Sulawesi


KUALA LUMPUR, 6 Syaaban 1440H, Jumaat – Satu gempa bumi bermagnitud 6.8 pada skala Richter menggegarkan Sulawesi, Indonesia kira-kira 7.40 malam tadi.


Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa terletak 223 kilometer di utara Kendari, di selatan Sulawesi.


Gempa dengan kedalaman 10 kilometer itu tidak menyebabkan ancaman tsunami kepada Malaysia.


Sementara itu, Jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, gempa itu berpusat di 85 kilometer barat daya Banggai Sulteng


“Gegaran gempa turut dirasakan di Palu, Luwu, dan Morowali, sementara sebahagian penduduk mula dipindahkan,” katanya.



The post VIDEO | Gempa gegar Sulawesi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop