Expired : 18.06.18

[VIDEO] Isu Wajibkan Vaksin Di Sekolah, Dr Maszlee Jelaskan Pendirian KPM




“…Saya antara ibu bapa yang berpendapat wajib anak-anak divaksin agar tidak dijangkiti oleh penyakit berjangkit…”


Begitulah antara ayat permulaan Dr Maszlee Malik, dalam video berdurasi 2 minit 21 saat yang dimuatnaik ke laman sosial beliau pada 7 Mac 2019, iaitu semalam.






Dalam video tersebut, beliau menjelaskan bagaimana peranan KKM yang bertanggungjawab memastikan anak-anak mendapat vaksin dan ibu bapa diberi pendidikan tentang kepentingan vaksin.


“Ada ibu bapa yang tak mahu anaknya divaksin, anak-anak ini tidak boleh dipersalahkan…” ujar beliau.










“Selaras dengan hak asasi kanak-kanak, mereka tidak boleh dihukum atas kesalahan ibu bapa. Mereka berhak mendapat pendidikan berkualiti tanpa membezakan siapa pun mereka, dari mana mereka datang, atau sama ada mereka divaksin atau tidak.”






Tambah Dr Maszlee lagi, memvaksinkan anak adalah tanggungjawab ibubapa dan Kementerian Kesihatan, manakala Kementerian Pendidikan berperanan dalam memastikan tidak berlakunya keciciran pendidikan pada setiap kanak-kanak.


Sebelum mengakhiri video tersebut, beliau menegaskan ibu bapa agar memvaksinkan anak-anak demi kesejahteraan semua.


Untuk video penuh, boleh tonton di bawah atau klik pautan ini.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2642508632487060&id=151709604900321


Komen Netizen


Seperti biasa, isu hangat ini tentunya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di Malaysia.


Ada yang menyatakan perasaan kurang berpuas hati kerana tidak mewajibkan vaksin, dan ada pula yang beranggapan KKM perlu menjalinkan kerjasama dengan KPM dalam memastikan semua anak tidak terlepas daripada diberi imunisasi.


Yang pasti, isu ini tentu sedang dikaji dan dibincangkan dengan lebih terperinci oleh pihak KKM juga, terutamanya atas desakan ibu bapa serta NGO.


Tentunya ramai yang masih menunggu apa pula tindakan KKM selepas ini, lebih-lebih lagi selepas kes difteria di Johor Bahru baru-baru ini.









Related Items:




Norlida Ishak Shop