Expired : 18.06.18

Video Itu Milik Peribadi Antara Saya Dan Suami – Ayu Raudhah Komen Isu Video Nakal Zaquan Adha

Baru-baru ini satu video nakal mirip pemain bola sepak Zaquan Adha tersebar luas di Twitter. Hanya memakai seluar dalam berwarna putih di hadapan kamera, ramai yang tertanya benarkah individu itu adalah Zaquan atau hanya pelanduk dua serupa.



Tidak mudah melatah dengan kontroversi tersebut, isteri kepada Zaquan iaitu pelakon Ayu Raudhah mengakui video tersebut adalah koleksi peribadi antaranya dan suami.








Ia disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sewaktu Ayu menghantar telefon bimbitnya untuk dibaiki.



Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak. Ia adalah video peribadi antara saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki.


Pihak kedai itu kata video dan foto dalam telefon itu tidak dapat diselamatkan. Tidak sangka pula keluar video itu, ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.



Bagus Ayu, setiap kali suaminya terpalit dengan kontroversi beliau tidak pernah cepat melatah dan cuba untuk menjelaskan setiap perkara dengan cara berhemah. Itu lah kata orang, dalam perhubungan kena saling mempercayai dan jangan terus dengar percakapan orang sahaja.


Sumber Berita : mStar Online


Norlida Ishak Shop