Expired : 18.06.18

VIDEO | Kempen BN di PRK Rantau: Peluncur udara tarik perhatian


RANTAU, 1 Syaaban 1440H, Ahad – Seorang peluncur udara bermotor atau paramotor, hari ini menarik perhatian penduduk, apabila melakukan penerbangan solo melintasi beberapa kampung di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.


Peluncur udara berkenaan membawa bendera Barisan Nasional (BN), UMNO, dan negeri Pahang, manakala sekali imbas payung terjun pula kelihatan seperti lambang PAS.


Video peluncur udara berkenaan terbang di atas Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua di Rantau dimuat naik calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Difahamkan, ini adalah kali pertama BN menggunakan cara sedemikian untuk menarik perhatian dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK).


Kereta terbang kini di Rantau!Thanks to Capt Hafizal Ramli

Posted by Tok Mat Hasan Fc on Sabtu, 6 April 2019


PRK Rantau diadakan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad yang juga penyandang DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 terbatal dan tidak sah.


PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Mohamad; R Malar (Bebas); Mohd Nor Yassin (Bebas); dan calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Dr S Streram.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh kempen selama 14 hari, sementara tarikh mengundi pada 13 April, manakala 9 April ditetapkan sebagai hari pengundian awal.


DUN Rantau mempunyai 20,926 pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir luar negara.


Daripada jumlah itu, 55.11 peratus atau 11,283 adalah pengundi Melayu, Cina (18.80 peratus atau 3,849), India (26.06 peratus atau 5,336) dan lain-lain (0.02 peratus atau empat).


PRK Rantau adalah PRK ketujuh selepas PRU14 pada Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober), yang masing-masing dimenangi calon PH.


Dua lagi PRK iaitu di Parlimen Cameron Highlands (26 Januari) serta DUN Semenyih (2 Mac), dimenangi calon BN.


The post VIDEO | Kempen BN di PRK Rantau: Peluncur udara tarik perhatian appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop