Expired : 18.06.18

VIDEO: Minum ketika kopi, teh masih panas boleh sebabkan kanser?

JIKA penemuan ini satu kebenaran, maka ia menjadi berita menakutkan kepada peminat tegar kopi dan teh.


Satu kajian mendedahkan, amalan mnum kopi dan teh ketika ia panas mendedahkan si peminum kepada pembentukan kanser oesophageal.


Kajian oleh Jurnal Kanser Antarabangsa Kanser itu dibuktikan melalui kajian khusus ke atas 50,045 individu berusia 40 hingga 75 tahun untuk median 10 tahun.


“Ramai orang suka minum teh atau kopi dan minuman panas lain. Menurut laporan kami, ia berupaya meningkatkan risiko kanser oesophagal.


“Jadi, anda dinasihatkan menunggu sehingga ia sejuk sebelum minum,” kata pengarang utama Farhad Islami, dari Persatuan Kanser Amerika yang dipetik India Times.


Lebih mengejutkan, susulan daripada kajian itu mendapati, 317 kes baharu kanser oesophageal telah direkodkan.


Kanser oesophageal merupakan penyakit melibatkan kecacatan sel dalam salur pemakanan yang membesar dengan tidak terkawal.


Menurut Kajian Kanser UK, ia turut dikenali sebagai gullet.



The post VIDEO: Minum ketika kopi, teh masih panas boleh sebabkan kanser? appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop