Expired : 18.06.18

VIDEO | Pacuan empat roda terjunam ke Sungai Terengganu


KUALA TERENGGANU, 4 Jamadilakhir 1440H, Sabtu – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika dia bersama beberapa individu lain menyelamatkan lima penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.


Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dari Kampung Panji, Kuala Terengganu sedang memancing bersama seorang rakannya sebelum sebuah Mitsubishi Storm yang diparkir di kawasan berhampiran tiba-tiba menggelongsor dan terjunam ke dalam sungai.


Difahamkan, selain Bari, dua lagi lelaki turut terbabit menyelamatkan penumpang kenderaan itu, namun hanya kedua-dua lelaki itu selamat naik ke darat. Lima penumpang dalam kenderaan itu juga turut selamat.


Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu masih melakukan operasi SAR di sekitar lokasi kejadian.



Video menunjukkan orang awam sedang menyelamatkan mangsa di dalam pacuan empat roda itu, yang menjerit meminta bantuan.


The post VIDEO | Pacuan empat roda terjunam ke Sungai Terengganu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop