Expired : 18.06.18

(Video Penuh) Pahang Diikat PJ City 1-1 Lawa Juga Gol Safee Sali


KUANTAN 7 April – Petaling Jaya (PJ) City menggagalkan hasrat Pahang untuk mendapatkan tiga mata penuh selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.


PJ City terlebih dahulu merobek gawang tuan rumah menerusi jaringan bekas pemain kebangsaan, Safee Sali pada minit ke-33.


Safee melakukan sepakan lambung selepas melihat Helmi Eliza keluar daripada gawangnya sekali gus memperdaya penjaga gol Pahang itu.


Tersentak dengan jaringan tersebut, Pahang menggandakan asakan dan memperoleh peluang keemasan bagi menyamakan kedudukan pada minit ke-35 namun bola sepakan percuma Safuwan Baharudin terkena palang gol.


Bola sepakan percuma Safuwan itu melantun ke kawasan kotak penalti PJ City dan disambar Wan Zaharulnizam Wan Zakaria namun bola rembatan pemain Pahang berkenaan hanya menggegarkan palang gol.


Bermula separuh masa kedua, Pahang tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma yang disempurnakan oleh Ze Love pada minit ke-50.


Selepas jaringan itu, Tok Gajah dilihat mendominasi permainan namun asakan bertali arus ke kubu lawan gagal dimanfaatkan oleh barisan serangan skuad berkenaan.


Kemasukan Dickson Nwakaeme juga gagal membantu Pahang bagi mencari gol kemenangan biarpun pemain itu mempunyai beberapa peluang keemasan mencipta jaringan.


Tamat perlawanan, kedua-dua pasukan berkongsi satu mata. – UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pahang-diikat-pj-city-1-1-1.878324#ixzz5kQjBzPnW
© Utusan Melayu (M) Bhd


Post Views: 23


Norlida Ishak Shop