Expired : 18.06.18

VIDEO | Pesawat Lion Air terhempas ke dalam laut

JAKARTA, 20 Safar 1440H, Isnin – Sebuah pesawat Lion Air dari Jakarta ke Pangkal Pinang yang membawa 188 penumpang dan anak kapal, terhempas di laut berhampiran Karawang di Jawa Barat, pagi ini.


Kementerian Pengangkutan Indonesia berkata, Boeing 737-8 Max menggunakan nombor JT610 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Seokarno-Hatta di Jakarta jam 6.20 pagi tadi pada mulanya meminta untuk berpatah balik, tetapi kemudian hilang daripada radar.


Pesawat itu membawa 178 penumpang dewasa, kanak-kanak (satu), bayi (dua) dan tujuh kru penerbangan.


Jurucakap kementerin itu juga berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kawasan pesawat itu terhempas dan gerakan dilakukan untuk mencari dan menyelamat (SAR).


Ketua SAR Pangkal Pinang, Danang Pandu berkata, pasukannya sudah mula mencari pesawat berkenaan selepas menerima laporan daripada pusat kawalan trafik.



“Lokasi pesawat itu terhempas sudah diketahui,” katanya.


Pesawat itu sepatutnya mendarat di Pangkal Pinang sejam selepas bertolak dari Jakarta. Pusat kawalan trafik terputus hubungan pada jam 6.33 pagi, 10 minit selepas pesawat berlepas.


Sementara itu, pengendali laluan trafik perkapalan di Pelabuhan Tanjung Priok, Suryadi berkata, beliau dan rakannya menemukan apa yang dikatakan bahagian pesawat yang terhempas di laut itu.


“Kru bot AS Jaya II ternampak cebisan yang disyaki bahagian pesawat Lion Air. Pasukan SAR sudah dihantar ke lokasi kejadian,” katanya. – Agensi


Antara barangan yang dijumpai terapung di laut selepas pesawat Lion Air terhempas.

The post VIDEO | Pesawat Lion Air terhempas ke dalam laut appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop